Dadah bernilai RM100,829 dirampas - Utusan Malaysia

Dadah bernilai RM100,829 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 31 Julai – Polis menahan tiga lelaki termasuk dua petani dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM100,829 dalam serbuan di hadapan sebuah rumah di Kampung Tasek Pauh, Selising, Pasir Puteh pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Mit Embong berkata, semua suspek berusia antara 32 hingga 41 tahun ditahan pukul 1 pagi menerusi menerusi Ops Ice Breaker.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati kereta itu dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika berada di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 5,200 biji dipercayai pil kuda; ketulan kristal disyaki syabu seberat 58.86 gram dan heroin seberat 80 gram di dalam dan luar kereta jenis Honda Jazz itu.

“Siasatan mendapati seorang daripada adalah tokan dadah yang aktif sejak tiga bulan lalu,” katanya ketika dalam sidang akhbar di Ibu Pejabaglt Polis Kontinjen di sini hari ini.

Beliau berkata, semua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 5 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini