Mahkamah China jatuhkan hukuman mati terhadap pembunuh bersiri - Utusan Malaysia

Mahkamah China jatuhkan hukuman mati terhadap pembunuh bersiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 30 Julai – Seorang pembunuh bersiri yang membunuh enam orang serta merogol 10 wanita dan dua kanak-kanak perempuan termasuk yang berusia 12 tahun, dijatuhkan hukuman mati, hari ini.

Zhao Zhihong, 47, yang dikenali sebagai ‘pembunuh tersenyum’, dijatuhkan hukuman mati di wilayah Inner Mongolia pada 2015 atas perbuatan jenayah yang dilakukan di utara negara itu antara tahun 1996 dan 2005.

Lelaki itu didapati mencekik hampir kebanyakkan mangsanya menggunakan tangan, namun membunuh seorang daripada mereka dengan menggunakan wayar telefon manakala seorang lagi dikelar hingga mati.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hakim Mahkamah Agung menyifatkan cara jenayah yang dilakukan oleh lelaki itu amat kejam.

Zhihong ditahan pada 2005 dan mengaku melakukan beberapa jenayah termasuk merogol pada 1996 dan mencekik seorang wanita sehingga mati di dalam tandas di sebuah kilang kain di Hohhot, ibu kota wilayah Inner Mongolia. – AFP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini