LONDON – Blaise Matuidi menjadi sasaran utama Manchester United untuk memperkuatkan bahagian tengah pasukan sebelum pasaran perpindahan ditutup pada minggu depan.
Menurut media Itali, Corriere, bos United, Ole Gunnar Solskjaer berdepan saingan sengit daripada Paris Saint-Germain (PSG) yang turut berminat untuk mendapatkan Matuidi.
Matuidi, juara Piala Dunia 2018 bersama Perancis menyertai Juventus pada Ogos 2017 selepas mengharungi enam musim menakjubkan bersama PSG.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sepanjang dua musim bersama Juve, dia memenangi Serie A dan Piala Italia malah menjaringkan tujuh gol dalam 88 penampilan. – AGENSI











