CALIFORNIA – Tiga maut dan beberapa lagi cedera susulan kejadian tembakan di sebuah pesta makanan di sini semalam.
Video viral yang disiarkan di media sosial menunjukkan orang ramai di pesta itu berlari mencari perlindungan apabila tembakan dilepaskan.
Ahli majlis tempatan, Dion Bracco, memberitahu akhbar The New York Times, tiga terbunuh dan 12 cedera dalam kes tembakan di hari terakhir Festival Gilroy Garlic, acara tahunan tiga hari di selatan San Jose.
Memuatkan artikel berkaitan…
Beliau tidak mengetahui sama ada 12 mangsa cedera itu termasuk tiga yang terbunuh, menurut akhbar itu. – Agensi











