Titik tolak permuafakatan pemuda pembangkang - Utusan Malaysia

Titik tolak permuafakatan pemuda pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Pemuda Gagasan Sejahtera yang terdiri daripada Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Pas bakal melebarkan serta memperkukuh hubungan permuafakatan bersama UMNO, MCA, MIC dan Gabungan Parti Sarawak dalam menyediakan platform untuk suara anak muda di negara ini.

Kata sepakat itu dicapai dalam pertemuan rasmi diadakan semalam yang dihadiri oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) dan Pergerakan Pemuda Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Ketua DPIM, Shahir Adnan berkata, pertemuan itu menjadi titik mula kepada memperkukuhkan hubungan dalam kalangan pemuda Gagasan Sejahtera serta platform perbincangan berkaitan isu-isu semasa khususnya mengenai generasi anak muda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pakatan Harapan (PH) telah menabur pelbagai janji kepada anak muda pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Sehingga hari ini, tiada satu pun janji kepada anak muda tertunai. Berdasarkan Buku PH melalui 10 janji 100 hari mereka, Janji ke-6 (rujuk muka surat 12) adalah khusus untuk anak-anak muda peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Janji tersebut berbunyi, “Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam”. Menyedari situasi semasa yang melingkungi kehidupan anak muda Malaysia yang mendesak dan semakin tidak terbela di bawah kerajaan PH, pemuda Gagasan Sejahtera merasakan perlu meletakkan agenda memperkukuh permuafakatan sebagai salah satu agenda teras,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini