KUALA LUMPUR 29 Julai – Seorang pemandu kren hilang selepas kren yang dibawa mangsa untuk mengalihkan kayu balak terjatuh ke dalam sungai Batang Rajang, Kapit, Sarawak semalam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.40 petang ketika mangsa, Kiing Sih Hock, 59, sedang memandu kren untuk mengangkat kayu balak.
“Bagaimanapun, kren tersebut telah terjatuh ke dalam sungai dan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Operasi pencarian sedangkan dijalankan dan mangsa masih belum ditemukan,” katanya.
Tambahnya, sesiapa yang terjumpa mangsa boleh terus berhubung dengan Sarjan Azni Shah di talian 019-8408740. – UTUSAN ONLINE











