KUALA LUMPUR 29 Julai – Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di 24 Zon kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menyertai Bengkel MPP di Hotel Armada, Petaling Jaya, dekat sini, hari ini.
MBPJ dalam kenyataan memberitahu, Ahli Majlis setiap zon telah melantik dan menghantar MPP masing-masing yang diwakili oleh wakil penduduk untuk menghadiri bengkel tersebut.
Katanya, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Muhamad Musa telah memberi taklimat berkaitan peranan penduduk dan kementerian itu.
“MPP turut mendapat manfaat mengenai peranan MBPJ serta program-program yang telah dan akan dilaksanakan bersama penduduk yang diterangkan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBPJ, Aznan Hassan.
“Manakala Penolong Pengarah (Aduan) Unit Komunikasi Korporat MBPJ, Ahmad Hafiz Ahmad Razif memberi taklimat berkaitan eAduan,” katanya. – UTUSAN ONLINE











