Bukan sabotaj, tapi cuai - KPN - Utusan Malaysia

Bukan sabotaj, tapi cuai – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak terdapat unsur sabotaj dalam kes tumpahan minyak diesel di Kolam Hang Tuah, Sungai Selangor, minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, kejadian itu didapati terjadi akibat kecuaian pekerja syarikat yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk mencuci sungai tersebut.

“Kita juga jalankan siasatan mengenai laporan palsu yang dibuat untuk melindungi syarikat tertentu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya amat mengambil berat mengenai kejadian tumpahan minyak di Sungai Selangor ini kerana ia menjejaskan jutaan pengguna di kawasan Lembah Klang,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Jerayawara Austisme: Garis Panduan PDRM di Maktab PDRM, di sini hari ini.

Abdul Hamid memaklumkan, laporan mengenai kejadian ini akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat.

“Setakat ini kita telah menahan dua individu yang juga pekerja pontun bagi membantu siasatan. Seorang daripada mereka telah dibebaskan manakala seorang lagi akan disambung reman bagi membantu siasatan pencemaran Sungai Selangor,” ujarnya.

Isnin lalu, media melaporkan tumpahan minyak diesel di kawasan Sungai Selangor berhampiran Kolam Hang Tuah dikesan berlaku dan menjejaskan jutaan pengguna sekitar Lembah Klang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Polis juga akan menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak disyaki terbabit kes mensabotaj serta mencemarkan Sungai berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini