KUALA LUMPUR 29 Julai – Lorong di kedua-dua arah Jalan PJU 8/2, Damansara Perdana dekat sini ditutup bagi kerja-kerja pembinaan mulai Sabtu lalu hingga 31 Oktober ini.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) berkata, pihaknya melaksanakan penutupan sementara satu lorong di kedua-dua arah bertentangan dengan bangunan MK Land Holdings Berhad bagi memberi laluan kerja-kerja ‘portal crosshead’.
“Sehubungan itu, pengguna yang melalui kawasan pembinaan berkenaan dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda keselamatan dan lalu lintas untuk perjalanan yang lebih lancar dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











