Serang polis: 8 lagi warga Nigeria ditahan - Utusan Malaysia

Serang polis: 8 lagi warga Nigeria ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Polis menahan lapan lagi warga Nigeria yang dipercayai terlibat menyerang anggota polis di Apartmen Flora Damansara, dekat sini, Khamis lalu dalam satu operasi di sekitar apartmen tersebut, tengah malam tadi.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan warga Nigeria yang ditahan bagi membantu siasatan sebanyak 18 orang.

“Kejadian ini nyata merupakan tindakan ganas dan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh warga asing tersebut kepada pihak polis yang hanya menjalankan tugas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara inu sama sekali tidak boleh diterima berlaku di negara kita dan kita tidak akan melayan perlakuan ganas seperti ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Jerayawara Austisme: Garis Panduan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat memaklumkan, pihaknya akan memohon perintah lanjutan reman terhadap 10 warga Nigeria yang ditahan sebelum ini bagi meneruskan siasatan.

“Kita juga akan mendapatkan perintah reman bagi lapan suspek yang ditahan tengah malam tadi. Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk proses reman tersebut pagi ini,” ujarnya.

Kelmarin, media melaporkan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) diserang kira-kira 50 warga Afrika ketika ingin melakukan tangkapan terhadap seorang suspek warga Nigeria yang dipercayai terbabit kes penipuan.

Samseng Afrika berkenaan dipercayai turut melarikan dompet, telefon bimbit dan kunci motosikal milik polis serta mengakibatkan seorang anggota cedera di muka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148, Seksyen 160 dan Seksyen 335 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh, melakukan gaduh gempar dan mendatangkan kecederaan dengan sengaja.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini