[VIDEO]Hidupkan enjin motor dengan kad pengenalan - Utusan Malaysia

[VIDEO]Hidupkan enjin motor dengan kad pengenalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Rakaman sebuah video inovasi anak muda tempatan yang mencipta kaedah terbaharu menghidupkan enjin motosikal menggunakan kad pengenalan kini tular dalam media sosial.

Inovasi yang menggunakan aplikasi di telefon bimbit dan kad pengenalan itu dipercayai hasil ciptaan sekumpulan lima pelajar dari Mara-Japan Industrial Institute (MJII).

“Kolej kau buka pintu guna kad? Kolej aku hidupkan motor guna aplikasi dan kad pengenalan. Dua kaedah berfungsi,” kata @thefaizamini dalam satu hantaran menerusi akaun Twitter miliknya Jumaat lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Video tersebut telah mendapat 534,000 tontontan selain turut dikongsi oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Bila anak muda ‘picit-picit’ di FamilyMart, tular se-Malaysia. Sepatutnya inovasi yang dibawa oleh adik ini yang ditularkan!

“Banyak benda baik yang anak muda buat tidak dihebahkan, tetapi bila ada kesilapan dibuat, satu dunia tahu. Teruskan berinovasi. Itulah anak muda,” kata Ahli Parlimen Muar itu dalam akaun Twitter miliknya, kelmarin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini