Perang dagangan terus berisiko - Utusan Malaysia

Perang dagangan terus berisiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Separuh pertama tahun ini menyaksikan prestasi bercampur-campur dalam pelbagai sektor ekonomi yang dipengaruhi ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China serta faktor-faktor di peringkat domestik. Wartawan Utusan Malaysia, NABILA YASMIN RAZIB mendapatkan Penganalisis Ekonomi Maybank Investment Research Bank, SUHAIMI ILIAS bagi berkongsi prospek makro ekonomi negara untuk separuh kedua 2019.

Bursa Malaysia mencatat prestasi bercampur-campur pada separuh pertama tahun ini. Apakah unjuran bagi indeks FBM KLCI berkenaan menjelang penghujung 2019?

Mengimbangi potensi peristiwa risiko yang akan datang, kami mengekalkan sasaran FBM KLCI akhir 2019 kami iaitu 1,680 mata dan juga mengulangi strategi pertahanan kami untuk ekuiti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apakah unjuran bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) separuh kedua 2019, seterus­nya KDNK sebenar 2019?

Kami menjangkakan pertumbuhan KDNK sebenar global menjadi sederhana kepada 3.3 peratus pada 2019 dan 3.1 peratus pada 2020 berbanding 3.6 peratus tahun lalu.

Bagi Malaysia, kami telah mengurangkan unjuran pertumbuhan KDNK sebenar 2019 kepada 4.4 peratus daripada 4.7 peratus berikutan ketegangan perdagangan dan kadar pertumbuhan sebenar sebanyak 4.5 peratus tahun ke tahun bagi suku pertama 2019.

Bagaimana pula dengan aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A)?

Sejak awal tahun ini, dua latihan korporat utama telah di­umumkan iaitu pengambilalihan 51 peratus kepentingan dalam Lafarge Malaysia oleh YTL Cement pada 2 Mei lalu dengan nilai RM1.63 bilion atau RM3.75 sesaham. Ia juga menyaksikan penggabungan operasi Axiata dan Telenor, yang turut melibatkan penggabungan Digi dengan Celcom di Malaysia yang diumumkan pada 6 Mei lalu dan kini masih menunggu kelulusan kawal selia.

Di samping itu, rekod kami menunjukkan terdapat lapan percubaan M&A dan pen­swastaan melibatkan syarikat tersenarai pada separuh pertama tahun ini. Kami percaya ­aktiviti M&A dan penswastaan akan menjadi tumpuan pada separuh kedua 2019 kerana kelemahan pasaran telah meningkatkan ­peluang dan nilai-nilai pasaran.

Adakah ketegangan perdagangan antara AS dan China terus mencetuskan risiko bagi ekonomi global?

Risiko penurunan terhadap pertumbuhan, ketidakpastian dasar global yang semakin me­ningkat dan kemerosotan ketidaktentuan pasaran akan menjadi risiko utama kesan perang dagangan.

Walaupun terdapat perbincangan perdagangan antara kedua-dua pihak susulan pertemuan Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping di Sidang Kemuncak G20 baru-baru ini, ketegangan perdagangan AS-China masih kekal dengan risiko konflik perdagangan ­global yang lebih luas.

Ini menimbulkan risiko penurunan kepada prospek pertumbuhan global termasuk pe­ningkatan risiko kemelesetan, ketidakpastian dasar ekonomi global yang semakin tinggi, sete­rusnya meningkatkan ketidaktentuan pasaran dalam kelas aset.

Apakah kesannya kepada ekonomi Malaysia?

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa perang dagangan akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global sebanyak -0.3 mata peratusan tahun ini dan 0.5 mata peratusan tahun depan, berbanding ramalan 3.3 peratus untuk 2019 dan 3.6 ­peratus untuk 2020.

Senario ini juga akan menyebabkan penurunan 0.7 mata peratusan daripada pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2020, menurut Kementerian Kewangan.

Sementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM) menganggarkan kesan negatifnya terhadap pertumbuhan Malaysia pada 2019 ditambah dengan tarif ke atas kenderaan dan alat ganti yang diimport yang dicadangkan AS serta impak pasaran kewangan adalah antara 1.3 mata peratusan dan 1.5 mata peratusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini