SPRM Sarawak perlu amanah, telus - Baru Bian - Utusan Malaysia

SPRM Sarawak perlu amanah, telus – Baru Bian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak digesa bertindak dengan amanah, telus dan tidak mengambil mudah terhadap semua laporan yang diterima.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, Pakatan Harapan (PH) sangat serius dalam melaksanakan agenda memerangi gejala rasuah dan sentiasa menitikberatkan nilai integriti, telus dan keterbukaan dalam semua aspek.

“Saya percaya dan berharap dengan perubahan yang dilakukan Kerajaan PH dalam struktur SPRM lebih ramai tangkapan dan dakwaan akan dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan sahaja terhadap pelaku-pelaku kecil malah pelaku-pelaku besar juga akan disiasat dan didakwa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam perkembangan sama, Baru yang juga Menteri Kerja Raya menggesa parti komponen PH supaya giat melakukan gerak kerja yang sistematik sebagai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12, yang akan diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan 2021.

“Kali ini kita berkeyakinan tinggi untuk mengambil alih pemerintahan Sarawak dari kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya sambil mengingatkan bahawa GPS adalah kerajaan pembangkang. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini