ROME 28 Julai- Tiga terbunuh dalam ribut luar biasa dan banjir kilat yang melanda Itali, susulan gelombang haba di negara itu sejak minggu lalu.
AFP melaporkan dalam insiden itu, seorang wanita berusia 26 tahun terperangkap dalam taufan yang mengakibatkan kereta mangsa terangkat dan tercampak ke pembahagi jalan.
berhampiran lapangan terbang Fiumicino.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sementara itu di Arezzo, selatan Florence di utara wilayah Tuscany, seorang lelaki berusia 70 tahun pula dilaporkan maut selepas kereta yang dipandunya dihanyutkan banjir kilat.
Seorang lagi mangsa berusia 45 tahun yang menyertai maraton di pergunungan Dolomite terbunuh, selepas terkena petir, ketika berlari pada ketinggian 2,000 meter, tengah hari kelmarin. -AFP











