Kejayaan Lang Merah akan diraikan - Utusan Malaysia

Kejayaan Lang Merah akan diraikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan mengadakan majlis meraikan kajayaan skuad Lang Merah menjulang Piala FA 2019 di dataran Wisma Darul Aman di Alor Setar, esok.

Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, majlis itu bertujuan memberi peluang kepada penyokong dan rakyat Kedah meraikan kejayaan itu bersama-sama pemain dan pegawai pasukan serta melihat sendiri Piala FA.

“Kita jemput semua penyokong untuk datang ke dataran Wisma Darul Aman, esok pada pukul 1 petang, kita bagi peluang untuk mereka melihat sendiri wira kita yang telah berhempas pulas memastikan kemenangan milik kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ianya juga sebagai tanda terima kasih kepada penyokong Kedah yang setia di belakang pemain kita sehingga menjadi juara Piala FA,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan usahawan padi berskala besar di Kampung Kubang Anak Gajah di sini, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai jumlah imbuhan kepada pemain susulan kejayaan itu, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata, ia adalah rahsia antara KFA dan pemain. Tanpa mengulas secara terperinci, beliau berkata, ada imbuhan yang disediakan untuk mereka dan ia tidaklah terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil.

“Sebenarnya pemain sendiri beritahu soal duit itu bukan jadi penentu mereka beraksi cemerlang di atas padang, tetapi ia adalah atas sokongan rakyat Kedah yang sanggup turun ke stadium,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini