Pas hargai sumbangan Ismail Kamari - Utusan Malaysia

Pas hargai sumbangan Ismail Kamari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 28 Julai – Pas Johor merakamkan penghargaan kepada Ismail Kamari yang telah mewakafkan tanah seluas 1.2 hektar bagi mendirikan Kompleks Akademi Latihan Kepimpinan Pas Johor (Kalam) di Tanjong Semberong di sini.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, pihaknya terharu dan berterima kasih kepada Ismail yang sangup berkorban untuk masa depan parti.

Menurutnya, sifat kedermawan Ismail yang juga merupakan pengasas Sekolah Rendah Tahfiz Integrasi Ismail Kamari (Sertik) dipandang tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Diharapkan agar lebih ramai mengikuti jejak langkah Ismail selain menyeru ahli-ahli Pas menjayakan projek mercu tanda Pas Johor ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa penyerahan tanah tersebut yang berlangsung dalam Majlis Makan Malam dan Pelancaran Pembinaan Kalam di Ayer Hitam dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dr. Mazri Yahya.

Projek kompleks berkenaan dirancang dibina dengan kos RM5 hingga RM10 juta pada tahun ini dan dijadual siap pada 2021 mengikut beberapa fasa yang akan dilengkapi pelbagai kemudahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini