Lelaki ditampar pemandu treler - Utusan Malaysia

Lelaki ditampar pemandu treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan cedera di muka kerana ditampar seorang pemandu treler selepas mereka terlibat dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Udang Kepai, Segambut, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul. Superintenden Heisham Harun berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi membabitkan seorang pemandu kereta jenis Proton Saga dan pemandu treler.

“Mangsa telah ditampar oleh pemandu treler berkenaan sehingga mengalami luka dan bengkak di bahagian mata dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan kejadian terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa sama, seorang wanita yang cuba mengambil gambar kemalangan tersebut telah dimarahi dan diugut oleh pemandu treler berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Heisham, wanita tersebut yang bimbang dengan keselamatannya telah membuat satu laporan polis selepas pemandu treler terbabit mengugut mahu ke rumahnya.

Tambahnya, sepasukan polis telah berjaya memberkas suspek untuk disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana melakukan ugutan jenayah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini