Mayat wanita tanpa pakaian ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat wanita tanpa pakaian ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 28 Julai – Satu mayat wanita tanpa pakaian ditemukan di dalam sungai kawasan perangkap sampah di kunci air, Jalan Sungai Kandis, Seksyen 36 di sini pagi tadi.

Mayat wanita berusia 30-an itu terapung dikelilingi sampah sarap ditemukan orang awam

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 9.58 pagi sebelum tiba 10 minit kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya di lokasi, terdapat satu mayat wanita ditemukan di dalam sungai. Anggota bomba telah bertindak mengangkat mayat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Tiada sebarang identiti ditemukan berhampiran mayat terbabit. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini