Kerajaan negeri tubuh Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri tubuh Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 Julai – Kerajaan negeri hari ini menubuhkan Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar bagi menangani isu pencemaran di dalam negeri ini melalui tindakan pemantauan dan penguatkuasaan punca alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar Dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar ini akan menyelaraskan tindakan antara agensi melalui bidang kuasa masing-masing supaya tindakan bersepadu dapat diambil.

Katanya, jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh dirinya sendiri dan dianggotai oleh pelbagai agensi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, terdapat dua puluh lima agensi dan jabatan yang terlibat. Senarai akhir anggota-anggota jawatankuasa ini akan diumumkan selepas dimuktamad.

“Penglibatan pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar ini adalah amat penting kerana isu pencemaran bukan sesuatu masalah yang bersifat ‘silo’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chen Choon berkata, Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar itu akan memberi fokus kepada tiga jenis kawalan pencemaran utama iaitu pencemaran air, pencemaran udara serta pengurusan buangan.

Katanya, punca dan bentuk pencemaran adalah pelbagai dan memerlukan tindakan bersepadu yang pintar serta cekap demi kesejahteraan rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini