ETCM lancar Nissan LEAF serba baharu - Utusan Malaysia

ETCM lancar Nissan LEAF serba baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – ­Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) melancarkan ­Nissan LEAF serba baharu yang diimport sepenuhnya dari Jepun pada harga RM188,888.

Naib Presiden Kanan ­Nissan Asia & Oceania, Vincent Wijnen berkata, model kenderaan ­elektrik sepenuhnya itu ditawarkan dalam satu varian premium dengan reka bentuk kontemporari serta canggih bagi pemanduan jarak jauh yang ­menyeronokkan.

“Pengenalan generasi kedua kenderaan elektrik paling laris di dunia menandakan langkah seterusnya dalam komitmen Nissan untuk mempercepatkan usaha elektrifikasi di rantau ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lebih 400,000 pelanggan di seluruh dunia telah memilih Nissan LEAF. Ia menjadi bukti kepada visi Nissan mengenai mobiliti masa depan yang kami percaya akan membantu membawa manusia kepada dunia yang lebih baik. Dunia yang ­lebih banyak kenderaan elektrik, lebih terhubung dan ber­autonomi.

“Kami percaya Nissan LEAF serba baharu akan mengubah cara hidup dan pemanduan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nissan LEAF serba baharu merupakan kenderaan 100 peratus elektrik dan sifar emisi itu merupakan ikon Nissan ­Intelligent Mobility yang menjadi pendekatan syarikat untuk mengubah bagaimana kereta dikuasakan, dipandu dan diintegrasikan ke dalam masyarakat.

Tiga aspek Nissan Intelligent Mobility dapat dilihat pada ­Nissan LEAF serba baharu iaitu Nissan Intelligent Power (Kuasa Pintar Nissan), Nissan Intelligent Driving (Pemanduan Pintar ­Nissan) dan Nissan Intelligent Integration (Integrasi Pintar ­Nissan).

Wijnen berkata, e-powertrain baharu pada Nissan LEAF serba baharu mampu menjana kuasa maksimum 150PS (110kW) dan kuasa kilas 320Nm yang ­menawarkan pecutan serta-merta daripada 0-100km/j dalam masa 7.9 saat dengan pe­cutan maksimum 155km/j yang dihadkan secara elektronik.

“Pek bateri Nissan LEAF di­letakkan pada bahagian bawah chasis untuk memberi titik graviti lebih rendah. Seterus­nya memberi pengendalian dan ke­stabilan mantap ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi, membuatkan kereta elektrik paling popular di dunia ini sangat seronok dipandu.

“Nissan LEAF serba baharu yang dilengkapi bateri lithium-ion baharu berkapasiti 40kWh mempunyai jarak pemanduan sejauh 311km dengan satu caj penuh, berdasarkan kepada ujian kitaran ECE R101 New European Driving Cycle (NEDC) sekali gus dapat memenuhi keperluan pemanduan ha­rian kebanyakan pembeli,” ­katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini