Pejalan kaki maut dirempuh bas - Utusan Malaysia

Pejalan kaki maut dirempuh bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Seorang warga emas yang sedang melintas jalan maut selepas dirempuh sebuah bas di Persiaran Barat, Petaling Jaya, di sini kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, A.C Sivalinga Rajah, 79, meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas dari Taman Seri Manja menghala ke Amcorp Mall telah melanggar mangsa yang melintas di kawasan lintasan pejalan kaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa kemudian telah dibawa ke PPUM dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan akibat kecederaan parah di bahagian otak.

“Siasatan sedang dijalankan termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kemalangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini