Lebih 1,000 sertai rentas desa Victoria Institution - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 sertai rentas desa Victoria Institution

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Julai – Acara rentas desa anjuran Victoria Institution (VI) yang diadakan di Victoria Institution di sini berjaya menarik penyertaan kira-kira 1,000 orang pada tahun ini.

Program yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar semasa dan bekas pelajar VI serta ahli keluarga dan orang ramai.

Program sempena sambutan ulang tahun ke-125 VI itu dibahagikan kepada 10 kategori dengan jarak larian masing-masing sejauh 10, 6.5 dan tiga kilometer.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Perlumbaan Merentas Desa VI 2019, Muhammad Ramdhan Susami berkata, acara rentas desa edisi khas itu meliputi kawasan sekolah, sekitar Jalan Hang Tuah, Bukit Petaling (Jalan Bellamy) dan Muzium Diraja (Istana Lama).

“Acara ini bertujuan mengimbau nostalgia acara larian rentas desa pada zaman persekolahan suatu ketika dahulu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Acara itu disokong oleh Persatuan Bekas Pelajar Victoria Institution, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia dan Pesuruhjaya Sukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini