Siaran televisyen digital dilaksanakan sepenuhnya di Pulau Langkawi - Utusan Malaysia

Siaran televisyen digital dilaksanakan sepenuhnya di Pulau Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Projek perintis peralihan siaran televisyen analog ke penyiaran Televisyen Terestrial Digital (DTTB) telah dilaksanakan sepenuhnya pada 2.30 pagi tadi di Gunung Raya, Pulau Langkawi, Kedah. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan berkata, fasa perintis yang melibatkan penutupan penyiaran televisyen analog ASO akan ditambah baik melalui satu ujian dan kajian komprehensif yang dijalankan oleh SKMM dengan kerjasama pihak penyiar swasta bagi tempoh dua minggu di kawasan tersebut.

Jelasnya, peralihan daripada analog ke DTTB itu menandakan era baharu kemajuan teknologi dalam bidang penyiaran di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peralihan siaran televiseyn analog adalah salah satu usaha penting kerajaan untuk memacu negara ke arah pendigitalan selain memperoleh dividen digital daripada penggunaan spektrum 700MHz untuk memperkasa perkhidmatan komunikasi jalur lebar tanpa wayar seperti 5G. 

“Peralihan siaran televisyen analog ke siaran televisyen digital myFreeview akan membolehkan rakyat untuk menikmati perkhidmatan siaran digital secara percuma tanpa sebarang yuran langganan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, liputan siaran televisyen myFreeview akan meliputi 98 peratus di kawasan berpenduduk dengan 15 saluran dan enam saluran radio yang disiarkan oleh RTM, Media Prima, Alhijrah dan Bernama News Channel. 

Jelasnya, rakyat boleh menerima siaran digital myFreeview dengan memasang dekoder dan aerial Ultra High Frequency (UHF) kepada televisyen set yang sedia ada atau melalui Integrated Digital Television(IDTV) yang telah dilengkapi dengan dekoder dan aerial UHF.

“Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo akan merasmikan pelancaran DTTB ASO di seluruh negara pada tarikh yang akan ditentukan kelak,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai mengenai myFreeview, layari laman web www.myfreeview.tv atau hubungi talian bebas tol 1800-18-1088. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini