Kelantan kekal di Liga Perdana - Utusan Malaysia

Kelantan kekal di Liga Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Gandingan dua Nik iaitu Nik Azli Nik Abdullah dan Nik Akif Syhairan Nik Mat berjaya membantu Kelantan kekal di Liga Perdana selepas menewaskan UKM FC dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi.

Turun dengan misi hidup mati bagi memburu kemenangan, tuan rumah terpaksa menunggu hingga minit ke-58 untuk gol pertama menerusi Nik Azli.

Seminit sebelum tamat perlawanan, Nik Akif Syahiran meledak gol kedua sekali gus menghampakan UKM FC.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemenangan itu menyaksikan Kelantan kekal di Liga Perdana dengan menduduki tangga kesepuluh selepas mengumpul 17 mata sekali gus menyaksikan pesaing terdekat Sarawak tersingkir berikutan menghuni kedudukan tercorot. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini