KOTA BHARU 20 Julai – Gandingan dua Nik iaitu Nik Azli Nik Abdullah dan Nik Akif Syhairan Nik Mat memastikan Kelantan kekal di Liga Perdana apabila menewaskan UKM FC 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Turun dengan misi hidup mati dalam memburu kemenangan, tuan rumah terpaksa menunggu hingga minit ke-58 untuk memecah kebuntuan menerusi Nik Azli.
Seminit sebelum tamat perlawanan, Nik Akif Syahiran menoktahkan perjuangan UKM FC dengan meledakkan jaringan kedua Kelantan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kemenangan itu menyaksikan Kelantan kekal di Liga Perdana dengan menduduki tangga kesepuluh dengan mengumpul 17 mata sekali gus menyingkirkan pesaing terdekat Sarawak di kedudukan tercorot. – UTUSAN ONLINE











