Kepulangan skuad Algeria disambut meriah - Utusan Malaysia

Kepulangan skuad Algeria disambut meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALGIERS – Juara Piala Negara-Negara Afrika, Algeria mendapat sambutan sebagai wira sebaik tiba di tanahair, hari ini, dengan ribuan penyokong menanti kepulangan mereka beserta ‘semburan air’ atau ‘water salute’ ke arah kapal terbang yang dinaiki para pemain sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Algiers.

“Satu, dua, tiga, viva Algeria!” sorakan ribuan penyokong yang terlalu gembira meraikan kejayaan skuad kebangsaan mereka dengan para pemain menaiki bas berbumbung terbuka di bawa mengelilingi ke seluruh ibu kota tersebut.

Jaringan awal yang disempurnakan Baghdad Bounedjah pada minit kedua telah membantu Algeria menewaskan Senegal 1-0 dalam perlawanan akhir di Kaherah dan sekali gus, menyaksikan negara itu merangkul gelaran Piala Negara-Negara Afrika buat kali pertama dalam tempoh 29 tahun. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini