Rakyat Malaysia perlu celik ilmu rawatan kecemasan - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia perlu celik ilmu rawatan kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 20 Julai – Rakyat Malaysia perlu menyemarakkan semangat kesukarelawan khususnya dalam bidang rawatan kecemasan dan kejururawatan bagi melahirkan lebih ramai masyarakat yang celik ilmu perubatan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dalam usaha Malaysia menuju sebuah negara maju, pengetahuan rakyatnya dalam aspek rawatan kecemasan dan kejururawatan amat penting.

“Pengetahuan tentang rawatan

Memuatkan artikel berkaitan…

kecemasan dan kejururawatan ini menjadi penentu antara hidup atau mati jika seseorang itu mendapat kecederaan sebelum tibanya pasukan perubatan terlatih.

“Dalam hal ini, St. John Malaysia telah menyumbang bakti yang begitu besar dan peranannya amat signifikan,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Ulang Tahun Ke-111 St. John Malaysia di sini malam ini.

Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Dr. Mahathir dalam pada itu berharap St. John terus memainkan peranannya untuk melatih generasi muda tentang kesukarelawan dan pengetahuan rawatan kecemasan bagi meneruskan sumbangan hebat badan tersebut kepada negara.

“Bersama-sama kita melahirkan komuniti agar mereka mempunyai nilai dan kesedaran kesukarelawan yang dan apa yang disumbangkan St. John selama ini untuk rakyat serta negara adalah cukup hebat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini