Wanita ditahan guna duit palsu beli kereta Audi - Utusan Malaysia

Wanita ditahan guna duit palsu beli kereta Audi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 20 Julai – Seorang wanita berusia 20 tahun dari bandar Kai­serslautern, Jerman ditahan polis kerana cuba membeli sebuah kereta berharga 15,000 euro (RM69,496) dengan duit palsu yang dicetak menggunakan me­sin pencetak murah.

Oddity Central melaporkan, wanita yang tidak didedahan identitinya itu dilaporkan memasuki sebuah premis menjual kereta pada Isnin lalu untuk membeli sebuah kereta terpakai jenama Audi.

Urusan wanita itu pada awal­nya berjalan lancar apatah lagi suspek turut memandu uji kereta berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apabila wanita tersebut ingin membayar, kakitangan premis ber­kenaan terkejut apabila melihat not wang kertas yang dikeluarkan wanita itu kelihatan seperti duit permainan Monopoly.

Pekerja di premis berkenaan bertanya kepada wanita terbabit sama ada dia ingin membeli kereta atau bermain Monopoly, namun selepas melihat wanita itu berkeras mahu membeli kereta, mereka menghubungi polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini