Rafiq raih gelaran Terbuka Hong Kong - Utusan Malaysia

Rafiq raih gelaran Terbuka Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail membuktikan dia masih pemain terbaik negara apabila meraih gelaran ketiganya dalam tempoh sebulan selepas memenangi kejohanan Antarabangsa Terbuka Hong Kong 2019, hari ini.

Dalam saingan terbuka lelaki akhir pada kejohanan tersebut, Muhammad Rafiq berjaya menewaskan rakan senegara, Ahmad Muaz Fishol dengan keputusan 223-174 sekali gus membolehkan Malaysia mendominasi kedudukan pertama dan kedua.

Muhammad Rafiq berkata, dia sangat gembira dengan kemenangan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih percaya kemampuannya sehingga kini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa bersyukur dan gembiranya saya ketika ini selepas memenangi Terbuka Hong Kong 2019.

“Ini juga adalah gelaran ketiga saya dalam tempoh sebulan, malah ia pastinya sukar dicapai andai tiada sokongan daripada Majlis Sukan Negara, Kongres Tenpin Boling Malaysia dan DV8,” katanya dalam media sosial, Instagram miliknya.

Sebelum ini, Muhammad Rafiq meraih gelaran pertamanya, musim ini dengan memenangi Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura di Singapura pada 30 Jun lalu dan selepas itu mengungguli Jelajah Boling Eropah Master di Madrid, 4 Julai lepas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini