Azmin tidak hadir lagi - Utusan Malaysia

Azmin tidak hadir lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 20 Julai – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak muncul dalam program pemukiman PKR malam ini walaupun dijadualkan berucap.

Selain beliau, dua Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ali Biju yang sepatutnya memberikan ucapan dalam majlis yang dihadiri pimpinan parti itu juga tidak kelihatan.

Program yang berlangsung mulai pukul 8.30 malam itu dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta Naib Presiden, Rafizi Ramli.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam Mohamed Azmin menimbulkan tanda tanya apabila tidak menghadiri majlis perasmian program pemukiman itu oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketiadaan beliau dipercayai berpunca daripada pertelingkahannya dengan Anwar berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini