Baghdadi dibebaskan atas faktor kesihatan - Utusan Malaysia

Baghdadi dibebaskan atas faktor kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRIPOLI 20 Julai – Perdana menteri terakhir Libya di bawah pemerintahan pemimpin Muammar Gaddafi, Baghdadi al-Mahmoudi, telah dibebaskan dari penjara atas faktor kesihatan, empat tahun selepas dijatuhi hukuman mati.

Menurut Kementerian Kehakiman Tripoli, Baghdadi dibebaskan atas cadangan suruhanjaya perubatan bagi membolehkan bekas perdana menteri Libya itu mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang khusus.

Tiada butiran lanjut didedahkan berhubung jenis penyakit yang dihidap pemimpin itu atau tarikh beliau dibebaskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baghdadi, menjadi perdana menteri apabila pembe­rontakan yang disokong oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada 2014 telah mengulingkan dan membunuh Muammar.

Baghdadi dijatuhkan hukuman mati pada Julai 2014 bersama dengan lapan lagi pegawai era Muammar termasuk anak pemimpin itu, Saif al-Islam atas dakwaan tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan ketika revolusi 2011. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×