KUALA LUMPUR 20 Julai – Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd. akan melakukan penutupan sementara lorong kanan dan tengah di kedua-dua arah di Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, Petaling Jaya Selangor bermula hari ini hingga esok.
Prolintas Hihgways menerusi catatan di Facebook berkata, penutupan yang bermula dari pukul 11 malam hingga 5 pagi itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan ‘plinth casting pier’ untuk projek Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash).
“Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di sepanjang jalan yang terlibat.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi had kelajuan serta arahan pertugas untuk perjalanan yang lancar,” katanya. – UTUSAN ONLINE











