Penutupan jalan, perubahan trafik menuju Lebuh Bandar Utama bermula 26 Julai - Utusan Malaysia

Penutupan jalan, perubahan trafik menuju Lebuh Bandar Utama bermula 26 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – Kontraktor projek Transit Aliran Ringan (LRT3), MRCB George Kent Sdn. Bhd. (MRCBGK) akan melaksanakan penutupan jalan dan perubahan aliran trafik menuju ke Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya Selangor untuk meberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan projek LRT3.

MRCBGK dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, masa penutupan akan dilaksanakan dari 26 Julai hingga 30 Oktober 2019 (Isnin hingga Ahad).

“Penutupan akan dilaksanakan secara dua peringkat iaitu peringkat pertama bermula dari 26 Julai hingga 28 Julai di mana jalan akan ditutup selama tiga hari tempoh percubaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peringkat kedua pula iaitu dari 29 Julai hingga 30 Oktober yang menyaksikan penutupan jalan jangka pendek akan dilakukan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, semasa penutupan, pengguna jalan raya menuju Lebuh Bandar Utama menerusi laluan slip Lebuhraya Sprint (Klang) akan dialihkan seperti yang ditunjukkan di dalam peta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini