BEIJING 20 Julai – Jumlah kematian akibat insiden letupan besar yang memusnahkan sebuah loji gas di wilayah tengah China, meningkat kepada 15 orang, kata media negara tersebut.
Letupan di kilang Henan Coal Gas Group semalam telah mengakibatkan 15 orang lagi cedera parah dan lebih banyak lagi mengalami kecederaan ringan, kata stesen penyiar tempatan CCTV.
Letupan itu juga memusnahkan tingkap dan pintu beberapa bangunan dalam radius tiga kilometer (km).
Memuatkan artikel berkaitan…
Jelas CCTV, kejadian itu berlaku di unit pengasingan udara kilang Henan Coal Gas Group dengan kesemua mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke empat hospital berlainan untuk rawatan lanjut. – AFP.











