Usaha tangkap seekor lagi harimau diteruskan - Utusan Malaysia

Usaha tangkap seekor lagi harimau diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Usaha untuk menangkap seekor lagi harimau yang berkeliaran di Kampung Besol Lama, Bukit Besi dekat sini sejak Khamis lalu masih diteruskan hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, dua perangkap telah di pasang di lokasi strategik bagi menangkap harimau belang dewasa berkenaan.

“Umpan seekor kambing hidup telah digunakan bagi menarik perhatian harimau yang masih terlepas itu dan pemantauan akan dilakukan dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ini, kita telah menangkap seekor dari dua ekor harimau belang yang dilaporkan penduduk telah memasuki perkampungan ini pada Khamis lalu,”  katanya ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di Kampung Besol Lama, Bukit Besi dekat sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan seekor harimau jantan digelar ‘Awang Besol’ berusia lima tahun telah berjaya ditangkap anggota Perhilitan di kawasan belukar di Kampung Besol Lama.

Sehari sebelum itu, kelibatnya dan seekor lagi harimau yang agak jinak menggemparkan penduduk perkampungan itu. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini