PKR yakin Amirudin tandatangan dokumen sokong Anwar - Utusan Malaysia

PKR yakin Amirudin tandatangan dokumen sokong Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 20 Julai – PKR yakin Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri (MPN) Selangor, Amirudin Shari akan menandatangani dokumen menyokong penubuhan Majlis Pengerusi-Pengerusi Pimpinan PKR Negeri (MPPPN-PKR) yang antara lain mengandungi sokongan terhadap Presiden PKR.

Koordinator majlis berkenaan, Datuk Johari Abdul berkata, bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan bila Menteri Besar Selangor itu – yang tidak hadir pada sesi Pemukiman Pimpinan PKR di sini – akan berbuat demikian.

“Saya telah cuba hubungi beliau tetapi tidak berjawab. Mesej (melalui aplikasi WhatsApp) juga telah dihantar tetapi tidak dibaca.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mungkin tak jawab sebab beliau sibuk dengan masalah air di Selangor. Saya tak berani komen,” katanya dalam sidang akhbar pada sesi Pemukiman MPN PKR di sini hari ini.

Sehingga kini, katanya, hanya tiga Pengerusi MPN yang belum menandatangani dokumen itu iaitu Selangor, Sarawak dan Johor manakala semua negeri lain telah berbuat demikian.

Johari menarik perhatian, langkah menandatangani dokumen itu bukan satu arahan mandatori yang perlu dipatuhi oleh semua pengerusi MPN yang terlibat.

“Mereka boleh berbuat demikian pada bila-bila masa yang sesuai,” ujarnya.

Jelasnya, tindakan itu bukan bermotif politik sebaliknya ia adalah usaha awal PKR menyediakan pelan tindakan tersusun melibatkan semua negeri ke arah menghadapi pilihan raya umum akan datang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini