Acu pisau selepas berang dihalau dari asrama - Utusan Malaysia

Acu pisau selepas berang dihalau dari asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Tiga lelaki mengalami detik cemas apabila diacukan pisau dan batang besi oleh seorang lelaki warganegara Afghanistan yang berang dalam satu kejadian di asrama sebuah pusat pengajian tinggi di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang sewaktu tiga lelaki berkenaan yang merupakan Polis Bantuan di pusat pengajian tersebut sedang mengiringi suspek untuk keluar daripada asrama berkenaan.

“Suspek merupakan seorang lelaki warganegara Afghanistan berusia 27 tahun yang telah diberhentikan pengajian semalam selepas didapati positif ganja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek yang berang selepas diarahkan keluar kemudiannya bertindak mengacukan pisau serta batang besi ke arah ketiga-tiga mangsa berserta kata-kata ugutan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Samsor, suspek turut didakwa mengugut bunuh ketiga-tiga mangsa sewaktu diarahkan untuk keluar daripada asrama lelaki di pusat pengajian tersebut.

“Suspek didakwa berkata ‘ Aku akan bunuh kamu. Aku dari Afghanistan, jika kamu kembali aku akan bunuh kamu’,” jelas beliau.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan suspek telah berjaya ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Suspek kini direman empat hari sehingga Selasa depan dan pihak polis sedang melengkapkan siasatan sebelum kes dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya  dengan kadar segera,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini