ANKARA 18 Julai – Seramai 17 orang dilaporkan terkorban manakala 50 lagi cedera selepas sebuah bas mini membawa pendatang asing terbabas di timur negara ini, hari ini.
Antara yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak namun status kerakyatan mereka tidak diketahui.
Agensi berita swasta, DHA melaporkan pemandu bas berkenaan hilang kawalan namun tiada butiran terperinci tentang punca nahas tersebut. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











