Malaysia sah jadi tuan rumah Piala Dunia Mobile Legends - Utusan Malaysia

Malaysia sah jadi tuan rumah Piala Dunia Mobile Legends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia sah menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia perlawanan sukan elektronik, Mobile Legends Bang Bang buat kali pertama yang dijadualkan berlangsung dari pada 11 hingga 17 November di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Kejohanan yang juga turut dikenali sebagai M1 akan disertai 16 pasukan daripada 14 negara bagi berentap untuk menjadi juara dunia selain berpeluang merebut hadiah kemenangan berjumlah RM1.02 juta.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah sukan elektronik Moonton, Logan Shaw di persidangan Moonton Epicon 2019 buat pertama kalinya di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejohanan tersebut dijangka menjadi penanda aras terbaik dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hub sukan elektronik di seluruh dunia sekali gus mampu menarik minat para penaja untuk bersama-sama mengembangkan sukan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini