Maqis gagalkan cubaan seludup sarang burung walet - Utusan Malaysia

Maqis gagalkan cubaan seludup sarang burung walet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengagalkan cubaan menyeludup 20 kilogram sarang burung walet tanpa dokumen sah ke Hong Kong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini kelmarin.

Pengarah Maqis Selangor, Dr. Tarmisal bin Alimin berkata, rampasan itu dilakukan selepas menjalankan pemeriksaan bagasi yang dibawa oleh terhadap seorang lelaki warga tempatan pada pukul 7.30 pagi.

Jelasnya, pemeriksaaan menemui sarang burung walet mentah sebanyak 43 kotak seberat 20 kilogram yang dianggarkan bernilai RM60,000 tanpa dokumen eksport permit dan sijil kesihatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita telah mengeluarkan kompaun setelah mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya dan peringatan kepada individu tersebut atas kesalahan mengeksport tanpa suatu dokumen yang sah.

“Jika individu tersebut mengulangi kesalahan yang sama boleh didakwa di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta728) yang digun oleh Maqis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tarmisal, perbuatan mengeksport produk hasil haiwan tanpa permit yang sah adalah menjadi suatu kesalahan dibawah Seksyen 11(2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta728) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3), Akta yang sama.

Jelasnya, sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Maqis akan sentiasa bersedia untuk melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi haiwan, pertanian dan ikan yang masuk atau keluar dari negara kni mematuhi syarat & peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Ia bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan selamat dimakan oleh rakyat di negara ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini