Kit Siang mengelirukan masyarakat Cina - Presiden Gerakan - Utusan Malaysia

Kit Siang mengelirukan masyarakat Cina – Presiden Gerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengenai peluang orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri dianggap hanya bertujuan mengelirukan masyarakat Cina.

Presiden parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menganggap kenyataan itu satu bentuk penipuan kerana baginya DAP tidak berkuasa di dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Buktinya kata beliau, DAP masih tidak mampu mendapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri meskipun memenangi 42 kerusi Parlimen semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) iaitu jumlah kedua terbanyak daripada kesemua komponen PH.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenapa DAP tidak mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua, sama seperti mewujudkan jawatan Timbalan Ketua Menteri II di Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kit Siang menerusi temu bual dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan baru-baru ini percaya pada masa hadapan orang bukan Melayu berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Namun Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu merasakan perkara tersebut tidak akan berlaku dalam tempoh sepanjang hayatnya.

Bagi Dominic, kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru-baru ini menjemput semua parti politik orang Melayu menyertai Bersatu menunjukkan bahawa usaha melantik orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri tidak akan berjaya.

Beliau malah berkata, tiada siapa lagi akan mempercayai kata-kata Kit Siang tentang orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri selepas Penasihat DAP itu menjelaskan beliau tidak pernah mengatakan Dr. Mahathir korup. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini