Havertz kekal bersama Leverkusen - Utusan Malaysia

Havertz kekal bersama Leverkusen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain tengah Bayer Leverkusen, Kai Havertz menafikan khabar angin yang mengatakan dia bakal menyertai juara Bundesliga, Bayern Munich pada musim depan.

Pemain berusia 20 tahun itu menikmati musim memberangsangkan bersama Leverkusen dikaitkan bakal berpindah ke Bayern dengan nilai 90 juta euro (RM416 juta).

Havertz menyertai Leverkusen sejak berusia 11 tahun bagaimanapun berkata dia berminat untuk meninggalkan kelabnya namun bukan dalam keadaan tergesa-gesa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan kekal bersama Leverkusen pada musim depan tanpa sebarang ragu-ragu.

“Pada satu tahap, saya akan mengambil langkah seterusnya. Jika tiba masanya, tiada sesiapa akan marah dengan saya. Anda mahu mencapai sesuatu sebanyak yang boleh dalam karier anda,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini