Ka Siong perlu belajar daripada Khairy, Mohamed Nazri - Utusan Malaysia

Ka Siong perlu belajar daripada Khairy, Mohamed Nazri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Lim Guan Eng menasihatkan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong untuk mencontohi pemimpin UMNO seperti Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang telah mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14).

Setiausaha Agung DAP itu berkata, Ka Siong juga tidak boleh mengenepikan 42 dakwaan jenayah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Ka Siong harus belajar daripada pemimpin UMNO Khairy dan Mohamed Nazri, pelajaran daripada PRU-14 bahawa rakyat menolak rasuah dan skandal 1MDB bernilai RM51 bilion.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ka Siong telah menyokong pelantikan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) walaupun Najib menghadapi 42 tuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa dengan alasan ia adalah ‘perkara peribadi’,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Guan Eng, tuduhan terhadap Najib yang berkaitan dengan 1MDB bukanlah perkara peribadi seperti yang didakwa oleh Ka Siong tetapi perkara kepentingan awam dan strategik negara.

“Untuk Ka Siong mengatakan dakwaan jenayah Najib sebagai perkara peribadi membuktikan bahawa MCA kekal tidak bertanggungjawab dengan enggan menyumbang puluhan bilion ringgit dalam kerugian yang dialami oleh ekonomi Malaysia dan rakyat.

“Dengan kegagalan mempelajari pengajaran daripada PRU-14, MCA dan BN bukan sahaja tidak sesuai untuk memerintah negara tetapi juga tidak layak untuk dipilih sebagai wakil rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini