London Biscuits masuki kriteria PN17 syarat penyenaraian - Utusan Malaysia

London Biscuits masuki kriteria PN17 syarat penyenaraian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – London Biscuits Bhd. (Lonbisc) memasuki kriteria Nota Amalan 17 (PN17), keperluan penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bursa Malaysia berkata ia akan terus memantau perkembangan Lonbisc dari segi pematuhan syarat penyenaraian tersebut.

“Setakat ini, terdapat 22 syarikat di bawah PN17 yang mewakili 2.4 peratus daripada sejumlah 919 syarikat yang disenarai di Bursa Malaysia,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 5 petang hari ini, saham-saham Lonbisc susut lapan sen kepada 0.16 sen dengan 52.78 juta saham bertukar tangan. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini