Istiadat angkat sumpah Exco Perak tangguh - Utusan Malaysia

Istiadat angkat sumpah Exco Perak tangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menitahkan agar Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) yang dijadual Khamis ini ditunda.

Menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak, istiadat tersebut yang sepatutnya berlangsung pada pukul 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Istiadat itu dibuat setiap tahun bagi memperbaharui ikrar sebagai Exco Kerajaan Negeri.
Kerajaan negeri Perak ditadbir Pakatan Harapan dengan dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perak mempunyai 10 lagi Exco dengan lima daripadanya dari DAP, Amanah (3) dan PKR (2). – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini