Lelaki tidak siuman tikam remaja kerana lagu rap - Utusan Malaysia

Lelaki tidak siuman tikam remaja kerana lagu rap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARIZONA 9 Julai – Seorang remaja maut diserang seorang lelaki tidak dikenali berdekatan sebuah kedai serbaneka di Peoria, dekat sini baru-baru ini.

CNN melaporkan, Elijah Al- Amin, 17 disahkan meninggal dunia di hospital ekoran kecederaan dialaminya selepas ditikam di bahagian leher oleh lelaki tersebut.

Saksi memberitahu polis bahawa penyerang, yang dikenalpasti sebagai Michael Paul Adams, 27, menyerang mangsa dari belakang dan menikamnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Al-Amin dikejarkan ke hospital dan disahkan mati pada pukul 2.05 petang waktu tempatan.

Adam yang ditahan polis selepas insiden itu memberitahu berasa terancam dengan tindakan mangsa yang memasang lagu rap lalu menikamnya.

Polis kemudian membebaskan lelaki tersebut dengan ikat jamin selepas beliau disahkan tidak siuman.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini