Buaya tembaga masuk perangkap besi JHL Tawau - Utusan Malaysia

Buaya tembaga masuk perangkap besi JHL Tawau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 7 Julai – Seekor buaya tembaga dengan anggaran berat 300 kilogram memasuki perangkap dipasang Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah di Sungai Pang Burung dekat sini semalam.

Pada pukul 6 pagi itu, reptilia berukuran 4.27 meter panjang dengan 0.61 meter lebar itu ditemui masuk ke perangkap besi yang dipasang JHL di kawasan sasaran.

Pegawai JHL Tawau, Sailun Aris berkata, penangkapan buaya itu adalah yang kedua selepas buaya seberat 500 kilogram ditangkap pihak JHL pada 13 Mei lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buaya yang baharu ditangkap ini kita letak di kolam sementara di Tawau manakala buaya yang ditangkap sebelum ini kita hantar ke Taman Buaya Apas Parit di sini,” katanya.

Mengulas lanjut, Sailun memberitahu, JHL akan terus memasang perangkap buaya di lokasi berkenaan bagi memastikan keselamatan penduduk.

“Kita ada terima maklumat daripada orang awam di Pang Burung ini bahawa masih terdapat buaya di kawasan ini,” ujarnya lagi.

Sebelum ini pada April lepas, seorang warga emas rakyat Indonesia, Zainuddin Bedda, 61, dilaporkan dibaham buaya di Sungai Pang Burung. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini