13 maut, kereta api bertembung di Congo - Utusan Malaysia

13 maut, kereta api bertembung di Congo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRAZZAVILLE – Seramai 13 orang yang kebanyakannya penumpang gelap maut setelah dua kereta api bertembung malam tadi di Republik Congo.

Menurut Syarikat Congo-Ocean Railway (CFCO) dan polis, beberapa orang lain mengalami kecederaan dalam kemalangan melibatkan kereta api kontena dan sebuah lagi bersama muatan bahan mineral.

Jelas sumber, kereta api membawa bahan mineral mengalami kerosakan teknikal sebelum berlaku perlanggaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemalangan itu berlaku berhampiran bandar pelabuhan, Pointe-Noire.

Polis mengesahkan jumlah kematian itu dan kebanyakan mangsa merupakan penumpang gelap. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini