Polis serbu pesta liar - Utusan Malaysia

Polis serbu pesta liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM – Satu pesta liar yang disertai 50 individu diserbu polis di pusat karoke di Jalan Berapit di sini awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4 pagi itu, polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita yang didapati positif dadah manakala 47 yang lain dibebaskan selepas siasatan lanjut dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Difahamkan, kumpulan yang disertai 37 lelaki dan 13 wanita berusia 15 hingga 30 tahun itu menghadiri pesta berkenaan bagi meraikan hari lahir salah seorang daripada mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, ketika serbuan dibuat, kesemua mereka didapati bersesak di dalam bilik kecil di pusat karaoke berkenaan bagi mengadakan pesta liar tersebut.

“Antara mereka yang menyertai aktiviti itu ialah seorang lelaki warga Bangladesh serta masing-masing dua remaja lelaki dan perempuan bawah umur.

“Hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapati tiga daripada mereka iaitu dua lelaki berusia 20 dan 22 tahun serta seorang perempuan berusia 17 tahun positif dadah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka yang positif dadah direman selama empat hari bermula semalam bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, ujar beliau, siasatan lanjut polis terhadap kumpulan tersebut tidak menemui barang yang menyalahi undang-undang namun menjumpai sepaket kondom di atas lantai di dalam bilik berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini