KUALA LUMPUR – Kedah hampir dikejutkan oleh ‘come back’ hebat yang dilakukan oleh Felda United sebelum mara ke perlawanan akhir Piala FA menerusi peraturan gol di tempat lawan.
Pasukan Lang Merah yang menang 1-0 dalam separuh akhir pertama minggu lalu, memulakan aksi di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka dengan langkah kanan apabila mendahului 2-0 menerusi Fernando Rodriguez (penalti minit ke-26) dan Farhan Roslan (minit ke-37).
Bagaimanapun, skuad The Fighters bangkit menyamakan kedudukan 2-2 menerusi pemain pertahanan, Thiago Aquino (minit ke-64) dan S. Chanturu di minit ke-72.
Masih belum berputus asa, anak-anak buah Nidzam Jamil kemudian sempat menjaringkan gol kemenangan perlawanan menerusi kapten mereka, Hadin Azman menjaringkan gol di sudut sukar pada masa kecederaan.
Biarpun kalah 2-3 dan terikat 3-3 secara agregat, Kedah mara ke final menerusi perbezaan gol di tempat lawan.
Kedah kini akan menentang Perak dalam perlawanan akhir. – UTUSAN ONLINE
KEPUTUSAN
FELDA UNITED 3 KEDAH 2
(Agregat 3-3. Kedah mara menerusi peraturan gol di tempat lawan)











